Halaman
ini membahas tentang Persetujuan Pemesanan, termasuk didalamnya Ketentuan JAMINAN
dan Pengembalian Produk Yang ROSAK. Demi kebaikan bersama dan untuk menghindari
kesalahfahaman di kemudian hari, sebelum Anda memesan produk atau perkhidmatan
dari Blog MAHARAJA CENUAI ini, silakan Anda membaca poin-poin persetujuan yang
berlaku di Blog ini.
PERSETUJUAN
PEMESANAN PROGRAM/PRODUK
Kami
sebagai penyedia produk dan perkhidmatan Produk Minyak Cenuai ini adalah pihak
yang menawarkan produk dan konsultan spiritual kepada para pengunjung Blog ini.
Yang dimaksud produk spiritual adalah barang yang memiliki fungsi berkaitan
dengan hal-hal non fizik. Contoh produk spiritual misalnya Wangian yang di-isi
kekuatan ghaib melalui ritual tertentu sehingga bermanfaat untuk membantu sebagai
ikhtiar dalam solusi percintaan, solusi masalah, keberuntungan, kerezekian, perlindungan,
kekuatan psikologi, pembersihan spiritual dan manfaat lainnya.
Anda
memesan produk atau service dari blog ini atas dasar keperluan atau kesenangan
peribadi Anda, bukan atas paksaan siapapun. Kami sebagai penyedia produk dan perkhidmatan
ini hanya memberikan informasi tentang produk dan perkhidmatan yang kami
adakan, keputusan untuk memesan ada di tangan Anda sepenuhnya.
Perbelanjaan
terhadap produk / perkhidmatan spiritual di blog ini boleh disebut sebagai yuran, investasi, mahar,fidyah mas kahwin,
harga, modal atau istilah lainnya. Semua istilah tersebut merujuk pada sejumlah
wang yang Anda bayarkan untuk mendapatkan produk / perkhidmatan spiritual dari blog
ini.
Wang
yang Anda bayarkan adalah sekadar untuk mengganti perbelanjaan konsultasi kami
dan untuk mengganti kos pembuatan produk/ perkhidmatan spiritual, bukan untuk
membeli manfaat spiritual yang tidak terlihat mata. Apabila masih ada dalam fikiran
untuk membeli, maka yang Anda beli sesungguhnya adalah wujud fizik produk spiritual
kami, bukan manfaat metafiziknya.
Kerana
urusan spiritual dan metafizik tidak dapat diukur secara fizik, maka hal-hal spiritual
atau metafizik tidak boleh diperjualbelikan. Kami tidak melakukan jual-beli
terhadap manfaat metafizik yang berkaitan dengan produk yang kami jelaskan di Blog
ini. Ketika Anda mendapatkannya dari kami, maka yang Anda maharkan adalah
bentuk fizik produknya, sedangkan manfaat metafizik dianggap bonus atau kesan
sampingan positif dari memiliki produk yang Anda beli.
Ketika
Anda memutuskan untuk memesan produk atau perkhidmatan kami, maka serahkanlah wang
dengan suka rela kerana Anda menghargai karya dan usaha orang lain. Perasaan
suka rela sangat penting agar Anda boleh merasakan manfaat metafizik secara
maksimum. Suka rela yang kami maksud adalah Anda memberikannya tanpa ada beban
atau paksaan dari pihak manapun.
Pemesanan
produk dan perkhidmatan spiritual tidak boleh dibatalkan selama kami telah
memenuhi kewajipan kami iaitu mengirim produk atau pakej perkhidmatan/produk
sebagaimana kami jelaskan di blog ini. Kami tidak dapat mengembalikan wang yang
sudah Anda bayarkan atas alasan apapun selama kami sudah memenuhi kewajipan
kami.
Semua
produk dan perkhidmatan spiritual kami boleh untuk semua orang tanpa
terkecuali. Boleh untuk semua lelaki dan wanita apapun agamanya. Kami menjamin
bahawa tidak ada peraturan khusus, ataupun kesan sampingan merugikan berkaitan
dengan produk atau perkhidmatan kami.
Meskipun
boleh untuk semua orang, namun kode etik-nya adalah produk dan perkhidmatan
spiritual kami hanya boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Pertimbangan
kebaikan adalah tidak merugikan diri sendiri, tidak merugikan orang lain dan
tidak merugikan alam. Apabila disalahgunakan secara sengaja maka biasanya akan
terjadi kesialan dalam hidup Anda. Kesialan itu adalah peringatan yang
diberikan Tuhan Yang Maha Pengasih agar Anda kembali ke jalan yang benar. Dan
setelah Anda sedar dan memperbaiki kesalahan Anda, semuanya akan kembali baik.
Menurut
pengalaman kami selama memberikan produk dan perkhidmatan spiritual, dari
laporan para klien kami, tingkat keberhasilannya adalah 97-99%. Ini merupakan
angka keberhasilan yang sangat tinggi dalam praktikal metafizik. Bagi Anda yang
berfikiran positif, maka pastinya Anda tahu bahawa ini adalah tingkat
keberhasilan yang sangat tinggi sekali. Orang yang berfikiran positif akan
fokus pada fakta tingkat kesuksesan yang 97% daripada membimbangkan kemungkinan
kurang sukses yang hanya 3%. Kami katakan apa adanya. Kerana sebagai manusia
biasa, kami dan Anda hanya dapat berusaha. Kami katakan dengan secara jujurnya
kepada Anda bahawa memang begitulah hukum alam. Dan faktanya memang di dunia
ini tidak ada yang sempurna 100%. Namun bagi kami, tingkat keberhasilan produk
dan layanan kami yang mencapai 97% merupakan prestasi yang luar biasa.
Ketika
Anda memesan produk atau perkhidmatan spiritual dari Blog ini, maka Anda
dinilai bersedia untuk bersikap bijaksana dalam menyikapi sebuah ikhtiar. Sebagaimana
kita boleh menerima kaedah pengubatan medik terhadap pasien yang sakit. Meskipun
telah dibekali ilmu kedoktoran dan alat medik paling canggih sekalipun, tidak
satupun doktor di dunia ini yang boleh memastikan 100% bahawa pasien akan
sembuh dengan ubat yang diformulakannya.
Kami
sebagai konsultan spiritual pun demikian. Kami tentu saja akan berusaha sebaik
mungkin dengan keilmuan dan pengalaman kami untuk membantu Anda. Dan layaknya
doktor, kami pun bersikap profesional dengan mengatakan secara jujur dan tulus
kepada Anda bahawa tidak mungkin kami mampu menjamin atau memastikan semuanya.
Jaminan kami adalah bahawa kami selalu memberikan usaha terbaik kami untuk
Anda. Oleh kerana itu, Anda setuju untuk bersikap bijaksana mengenai hasil dari
produk atau perkhidmatan spiritual ini.
Keterangan
dan manfaat produk atau perkhidmatan yang kami sebutkan di Blog ini berdasarkan
penilaian pakar metafizik kami, berdasarkan prinsip ilmu-ilmu metafizik,
berdasarkan keterangan para pemilik sebelumnya, berdasarkan keyakinan
masyarakat pada umumnya, berdasarkan pengalaman kami, pengalaman rakan-rakan
spiritualis lainnya, serta pengalaman para pengguna produk atau perkhidmatan sebelum
Anda.
Kerana
banyak faktor fizik, psikologi dan metafizik yang memainkan perana, maka reaksi
manfaat dari produk atau perkhidmatan spiritual yang tersedia di Blog ini boleh
berbeza pada setiap orang. Setiap orang biasanya akan mempunyai pengalaman yang
berbeza-beza ketika menggunakan produk atau perkhidmatan spiritual yang
tersedia di Blog ini, tergantung perjalanan hidup yang dialami masing-masing
orang. Ertinya, tidak semua orang akan mendapatkan pengalaman yang sama, kerana
setiap manusia adalah unik.
JAMINAN
PRODUK SPIRITUAL ANUGERAH AGUNG
Kami
memberikan jaminan terhadap bentuk fizik produk atau perkhidmatan spiritual
yang Anda pesan. Kami menjamin bahawa Anda mendapatkan produk dan layanan
sesuai dengan foto atau keterangan yang kami jelaskan di Blog ini.
Jaminan
kami berlaku untuk fizik produk atau perkhidmatan spiritual yang kami sediakan.
Kami tidak memberikan jaminan apapun terhadap manfaat spiritual atau kegunaan
metafizik kerana spiritualiti dan metafizik tersebut tidak dapat dilihat secara
fizik dan tidak dapat diperjual-belikan seperti barang yang nyata.
Kami
menjamin produk yang Anda terima dalam keadaan baik, lengkap, tidak cacat dan
tidak rosak atas sebab apapun.
Apabila
bentuk, warna atau ukuran produk yang Anda terima tidak sesuai dengan yang ada
di blog ini, maka Anda berhak meminta penggantian produk baru yang sesuai tanpa
ada caj tambahan.Sekiranya kami ada membuat perubahan akan pihak kami maklumkan
terlebih dahulu kepada Anda.!!!
Kami
memberikan Jaminan terhadap pengiriman dengan cara mengirim dengan servis
pengiriman pos yang terpercaya. Produk yang Anda pesan dijamin sampai ke tangan
Anda. Kami menggunakan pengiriman cepat yang boleh di track &trace secara
online. Apabila lebih dari 7 hari kerja, produk belum sampai di tangan Anda,
harap informasikan kepada kami agar kami dapat menelusurinya ke pejabat pos.
Apabila tidak ditemukan, maka kami akan kirim semula dengan service
perkhidmatan pos lain yang lebih selamat untuk daerah Anda. Intinya, kami
memberi Jaminan pesanan Anda pasti sampai di tangan Anda.
Ketentuan
Pengembalian Produk Rosak
Sebelum
mengirim produk atau pakej yang Anda pesan, kami selalu berusaha sebaik mungkin
melakukan pemeriksaan untuk memastikan produk atau paket yang akan kami kirim
kepada Anda dalam keadaan terbaik.
Apabila
produk atau paket dari kami sampai ke tangan Anda dalam keadaan cacat, rosak
atau tidak lengkap kerana kesalahan staff kami atau kerana rosak dalam proses
pengiriman, maka Anda boleh mengembalikan produk atau pakej tersebut kepada
kami, dan kami akan mengirim produk yang baru kepada Anda secepatnya.
Ketika
Anda menerima produk, segeralah buka dan periksa. Apabila ada yang rosak atau
tidak lengkap, segera laporkan kepada kami paling lambat adalah 3 hari sejak
produk sampai di tangan Anda. Jika sudah lebih 3 hari, maka bukan menjadi
tanggungjawab kami untuk mengganti produk tersebut.
Demikian
ketentuan dan Jaminan pemesanan produk yang berlaku di Blog ini kami buat agar
Anda faham dengan Jelas. Namun apabila Anda masih ragu untuk memesan produk
atau perkhidmatan kami, janganlah memaksakan diri. Kami tidak pernah memaksa
Anda untuk memesan produk kami meskipun kami yakin sepenuhnya bahawa manfaatnya
sangat besar untuk kehidupan Anda. Kami menyediakan produk dan produk Spiritual
Metafizik sebagai bentuk dedikasi kami terhadap ilmu metafizik yang kami mendalami
selama bertahun-tahun. Tentu saja dengan harapan, hadirnya produk dan service
dari kami ini dapat bermanfaat untuk orang ramai yang memerlukan.
Kami
menjelaskan hal ini sedetail-detailnya agar Anda faham sepenuhnya bagaimana
menyikapi transaksi pemesanan produk dan layanan metafizik dari Blog ini.
Tujuannya adalah agar kedua belah pihak (penyedia produk dan pelanggan)
mendapatkan kesepakatan. Mohon diperhatikan bahawa ketika Anda memesan produk
atau konsultan apapun dari Blog ini, Anda dianggap sudah setuju dengan semua
ketentuan dan Jaminan yang kami sebutkan di halaman ini.
No comments:
Post a Comment